>.


Aku ini seorang pemuda. Seorang muslim. Ahli sunnah wa jamaah. Seorang anak kepada ibubapa dan murid kepada guru. Aku akan gegarkan dunia ini. Kalau dulu ada Tariq bin Ziyad dan khalifah Umar Abdul Aziz,ada Muhammad Thani(Al-Fateh) ,ada kerajaan Melaka sebagai wakil dan harapan ummat.Kini aku adalah antara singa Allah yang bakal mengaum di medan jihad ini. Engkau tunggu, aku datang saudaraku!

Aku ...

Jumaat, 21 November 2014

Untuk ...

Air mataku mengalir deras. Aku tak mampu menahannya lagi. Kini hanya tangisan  seorang remaja yang mengisi ruang bilik tersebut. Aku tidak mampu untuk memberhentikannya. Hanya membiarkannya keluar dan keluar.

Tangisan.

Ya, tangisan kerana…

Memungkiri janji seorang sahabat.

Laptop di meja belajarku lihat. Alunan lagu membuatkan diri ini menangis seperti budak kecil.

Kesorangan.

Kesedihan.

Kekecewaan.

Aku bergerak mencapai laptopku. Gambar sahabatku lihat. Hatiku celaru.
Ingin saja aku berlari berjumpa dengannya dan memeluknya dan yang paling penting aku nak meminta maaf kepadanya.

Namun, segalanya sudah terlambat.

Hanya tangisan ini yang mampu aku lakukan.

Surat tawaran ke sekolah di Kelantan yang diletakkan disebelah laptopku lihat. Tangisan bertambah deras.

‘Masih adakah peluang untuk kita berjumpa? Sahabat maafkanku…’ rintih hatiku.
Puisi yang selalu bermain di hatiku ingati,

Kau sahabatku,
Tawamu,
Rajukmu,
Suaramu,
Kerenahmu,
Sentiasa membuatkanku mengingatiNya,

Sahabat,
Janji yg aku tabor,
Hampir semuanya kumungkiri,
Adakah aku ini munafiq?
Adakah…
Sahabat…..
Maafkahlah diri ini…
Mohon bersama hingga ke syurga…

Sahabat…
Aku ingin bersamamu…
Aku ingin bergembira,
Berduka bersama…

Sahabat…
Aku menyayangimu,
Kerana Allah…
Sangat-sangat menyayangimu,
Kerana ALLAH…

Moga kita berjumpa lagi…

The second?